Q&A KUIZ ONLINE DAQ 2011


1) Ibn Abbas pernah menjelaskan bahawa, “Ada beberapa orang kaum muslimin yang menjalin hubungan dekat dengan beberapa orang Yahudi mengingat mereka adalah tetangga dan orang-orang yang pernah saling bersumpah untuk saling mewarisi di masa jahiliyyah lalu Allah menurunkan ayat yang berisi larangan menjadikan orang-orang Yahudi sebagai teman dekat karena dikhawatirkan menjadi sebab munculnya godaan iman. Ayat yang dimaksudkan adalah ayat di atas.” (Riwayat Ibnu Abi hatim dengan sanad yang hasan).

Berdasarkan riwayat di atas, ayat manakah di dalam Al – Quran yang melarang umat Islam untuk memihak kepada orang Kafir?

C.      Surah Ali Imran:118

 

2) Lebih 100 tahun dahulu, orang Yahudi mula kembali ke Palestin. Pada 1914, perang terbesar di dunia iaitu Perang Dunia Pertama telah meletus dan menyebabkan kejatuhan Jerman. Pada masa itu, Timur Tengah telah terbahagi kepada dua jajahan. Namakan kedua-dua jajahan tersebut.

 D.     Jajahan Inggeris dan Perancis

 

http://www.youtube.com/watch?v=E21MdXe3BOQ&feature=related

3) Berdasarkan petikan video di atas, apakah satu kebenaran tentang HAMAS, akronim  dari Harakat al-Muqawwamatul Islamiyyah yang secara khususnya dibentuk untuk melakukan perlawanan terhadap pendudukan Israel di Palestin, seperti yang dinyatakan oleh Tony Benn yang merupakan ahli parlimen Parti Buruh di Britain tersebut?

HAMAS merupakan kerajaan yang dilantik pada 2006 setelah menang Pilihanraya Umum di Palestin.

 

4) Berikut merupakan dua buah masjid yang terdapat di Palestin, iaitu Masjid Al-Aqsa dan Masjid Al-Sakhrah. Antara yang berikut, yang manakah merupakan Masjid Al-Aqsa yang kian menjadi ancaman tentera Zionis

 B. 

 

5) Allah telah memerintahkan umat Islam untuk tidak melakukan kekejaman kepada orang-orang yang tidak bersalah. Di samping itu, mereka tidak pernah menggunakan kekerasan yang tidak perlu, bahkan kepada tentera Perang Salib sekalipun. “Dan janganlah sekali-kali kebencian(mu) kepada sesuatu kaum karena mereka menghalang-halangi kamu dari Masjidilharam, mendorongmu berbuat aniaya (kepada mereka)…”. Dalam Al-Quran, ayat manakah yang menyuruh umat Islam supaya bertindak sedemikian?

D.     Surah Al-Maidah:2

 

http://abidanial.com/artikel-bersiri/dua-rahsia-sulit-terbesar/siri-6

 

Berdasarkan artikel di atas, jawab soalan-soalan berikut.

6) Apakah tujuan tentera Islam menyerang tentera Salib yang pada ketika itu menguasai Baitul Maqdis?

Kerana kebiadaban angkatan Salib yang melanggari perjanjian gencatan senjata dan bertindak menyerang, merompak dan membunuh rombongan haji umat Islam yang menuju ke Makkah.

 

7) Yang manakah di antara berikut bukanmerupakan jenis penderitaan tentera Salib dalam Perang Hittin?

D.     Kem sementara mereka telah di bom bertubi-tubi oleh tentera Islam

 

8) Salahuddin Al-Ayyubi merupakan seorang panglima Islam yang gagah dan berani dalam merampas Baitul Maqdis yang telah sekian lama dinaung oleh pihak Kristian. Sejak usianya yang masih muda, Salahuddin sentiasa mengikut tentera pejuang. Berapakah usia Salahuddin Al-Ayyudi ketika beliau pertama kali menyertai tentera pejuang Panglima Asasuddin Syirkuh untuk menguasai Damsyik?

 B.      16 Tahun

 

http://zainurrashid.com/?p=184&fb_source=message

Berdasarkan artikel di atas, jawab soalan berikut.

9) Salahuddin al-Ayyubi terkenal dengan sifatnya yang penyayang dan belas kasihan sewaktu peperangan dan jauh berbeza dengan kekejaman tentera Salib. Nyatakan dua contoh kehebatan peribadi Solahuddin Al-Ayyubi tersebut.

  • Salahuddin tidak membalas dendam setelah menang ke atas salib bahkan telah menunjukkan ketinggian akhlaknya ketika orang Kristian menyerah kalah
  • Orang-orang Kristian sebenarnya sangat beruntung apabila tidak seorang pun dari pihak mereka yang telah dibunuh apabila Solahuddin dan tenteranya menang
  • Solehudin telah membenarkan penganut semua agama (Islam atau Kristian atau Yahudi) untuk bersembahyang di tempat-tempat suci masing-masing

http://myalexanderwathern.blogspot.com/2011/06/salahuddin-al-ayyubi-sebelum-pembebasan.html

Berdasarkan artikel di atas, jawab soalan-soalan berikut.

10) Usia tidak pernah menjadi penghalang buat Salahuddin Al-Ayyubi dalam mempertegak syiar Islam dan menjadi tulang belakang dalam pertempuran dengan tentera Salib. Namun, terdapat juga konspirasi-konspirasi yang cuba untuk menjatuhkan kepimpinan Salahuddin Al-Ayyubi. Satu kuasa besar telah terlibat dalam dua konspirasi untuk menjatuhkan Salahuddin Al-Ayyubi. Yang manakah di antara berikut merupakan kuasa tersebut tersebut?

B.      Perancis

 

11) Pada zaman Salahuddin Al-Ayyubi memerintah, kebanyakan rakyat Mesir kepada ahlul bait yang berada dalam Kerajaan Fatimiyyah sehingga terpengaruh dengan ajaran Syiah yang ekstrem. Sebagai seseorang yang berfahaman Ahlul Sunnah wal Jamaah, Salahuddin Al-Ayyubi telah mengasaskan dua institusi pendidikan bagi membetulkan fahaman rakyat Mesir. Nyatakan kedua-dua institusi pendidikan tersebut.

  • Madrasah An-Nasiriyyah
  • Madrasah Al-Kamiliyyah

http://www.youtube.com/watch?v=iitm6NCse4s&feature=related

Berdasarkan petikan video di atas, jawab kedua-dua soalan  berikut.

12) Nabi Muhammad S.A.W bersabda: “Kelak, umat-umat lain akan mengerumuni kalian seperti orang-orang yang lapar mengerumuni hidangan mereka.”

Salah seorang bertanya: “Adakah kerana bilangan kita sedikit pada ketika itu?”

Nabi Muhammad S.A.W menjawab: “Tidak, pada ketika itu bilangan kalian ramai, namun kalian adalah seperti buih di lautan.. dan Allah akan menghilangkan perasaan takut dari hati musuh kalian dan Allah akan mencampakkan ‘Wahn’ ke dalam hati kalian”

 

Berdasarkan sabda Nabi Muhammad S.A.W di atas, apakah yang dimaksudkan dengan ‘Wahn’? Nyatakan jawapan dengan lengkap.

 

Cintakan kehidupan dan membenci kematian

 

13) Pada November 1947, Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) telah mendeklarasikan pemecahan Palestin serta mengatakan bahawa sebuah kerajaan sementara bagi kaum Yahudi akan mula berfungsi. Apakah alasan Harry S. Truman yang merupakan Presiden Amerika Syarikat pada masa itu sejajar dengan keputusan PBB?

Untuk membenarkan mangsa keganasan Hitler iaitu kaum Yahudi untuk membina hidup baru

 

14) Dengan kebijaksanaan, toleransi dan kebaikan yang ditunjukkannya kepada penduduk Palestin, Khalifah ini telah berjaya membebaskan Baitul Maqdis atau Al Quds dari kekuasaan empayar Rom yang zalim. Penduduk Al Quds pada majoritinya beragama Kristian menyambut dengan gembira pemerintahan Islam kerana mereka merasakan bebas dari penindasan dan kezaliman pemerintahan Rom sebelum itu. Siapakah Khalifah yang dimaksudkan di atas?

C.      Saidina Umar bin Al Khattab

 

15)

Gambar di atas merupakan gambar seorang pemimpin Bani Uthmaniyah yang terakhir. Beliau secara tegasnya pertahankan Palestin daripada Yahudi yang ingin bermastautin di Palestin. Beliau pernah berkata, “Palestine bukan milikku, bukan milik bangsa Turki tetapi milik bangsa Arab. Baitul Maqdis pula bukan milik bangsa Arab tetapi milik umat Islam seluruhnya. Aku tidak akan sesekali menyerahkan bumi Palestine walaupun sejengkal setelah bangsaku berjihad bermati-matian mempertahankan dan menyuburkan tanahnya dengan darah-darah mereka. Simpanlah wang kamu yang berjuta ringgit itu kerana sekiranya suatu hari nanti Khilafah Islamiyah ini tumbang, kamu boleh mengambilnya tanpa sebarang wang tukaran. Adapun, sekiranya aku masih hidup, aku lebih rela diriku dicincang daripada melihat bumi Palestine dikeluarkan dari Daulah Islamiyah dan perkara itu selama-lamanya tidak akan berlaku. Adakah kami akan membenarkan diri (Wilayah-wilayah takluk Kerajaan Turki Uthmaniyah) kami ini semua dipisah-pisahkan sedangkan kami masih hidup?!”

 

Siapakah pemimpin Bani Uthmaniyah yang telah memperjuangkan Palestin sehingga nafas terakhir ini?

C.      Sultan Abdul Hamid II

 

 

 

16) http://www.republika.co.id/berita/dunia-islam/khazanah/11/06/16/lmw2ki-sejarah-para-khalifah-sulaiman-alqanuni-sulaiman-the-magnificent

Berdasarkan artikel di atas, jawab soalan berikut.

 

Sultan Sulaiman Al-Qanuni merupakan pemerintah Islam yang dikagumi kawan dan lawan kerana berjaya menyerbarkan Islam sehingga ke rantau Balkan di Eropah. Malah, di barat, Sultan Sulaiman dikenali sebagai Sulaiman The Magnificent (Sulaiman yang Hebat). Jelaskan mengapakah Sultan Sulaiman diberi gelaran Al-Qanuni?

Jasanya dalam mengkaji dan menyusun sistem undang-undang Kerajaan Turki Utsmani dan penerapannya secara teratur dan tanpa kompromi.

 

17) Salah satu faktor yang melumpuhkan kegemilangan Kerajaan Turki Uthmaniyah pimpinan Sultan Sulaiman Al-Qanuni adalah terbentuknya Revolusi Arab 191. Sharif Husyn ibn ‘Ali, gabenor Saudi yang dilantik oleh Kerajaan Turki Uthmaniyah telah dihantar untuk membuat perjanjian dengan Sir Henry Mc Mc Mahon untuk mengadakan Revolusi tersebut. Malangnya, tanpa pengetahuan pihak Arab Saudi, perjanjian tersebut awal-awal lagi telah terbatal dengan wujudnya perjanjian rahsia Skyes-Picot antara Perancis dan British. Apakah sebab utama yang membawa kepada kewujudan Revolusi Arab 191 ini?

B) Bangsa Arab berasa begitu bangga dengan bangsa mereka sendiri sehingga tidak senang untuk berada di bawah kekuasaan Kerajaan Turki Uthmaniyah yang bukan dari bangsa Arab

 

18) A blinding flash of white light

Lit up the sky over Gaza tonight

People running for cover

Not knowing whether they’re dead or alive

They came with their tanks and their planes

With ravaging fiery flames

And nothing remains

Just a voice rising up in the smoky haze

We will not go down

In the night, without a fight

You can burn up our mosques and our homes and our schools

But our spirit will never die

We will not go down

In Gaza tonight

 

Petikan lirik lagu di atas menceritakan keadaan sebenar yang berlaku di Palestin sehingga ke saat ini. Lagu ini menceritakan tentang keganasan tentera Israel yang tanpa henti menyeksa rakyat Palestin yang tidak bersalah dengan membakar masjid-masjid, rumah-rumah dan pusat pendidikan di Palestin. Namun begitu, semangat rakyat Palestin tidak pernah luntur untuk memperjuangkan negara mereka. Lagu ini telah ditulis oleh seorang penyanyi kelahiran Syria yang juga banyak menulis lagu berunsurkan sifat kemanusiaan. Nyatakan penulis lagu yang juga penyanyi kepada lagu ini serta tajuk lagu tersebut dengan lengkap.

Michael Heart – We Will Not Go Down (Song for Gaza)

 

http://zainurrashid.com/?p=234&fb_source=message

Berdasarkan artikel di atas, jawab soalan-soalan berikut.

19) Siapakah fokus perjuangan Panglima Izzuddin Al Qasam

B.      Kerana waspada terhadap ancaman Yahudi secara berterusan

 

20) Apakah pandangan Sheikh Izzuddin ketika melihat penghijrahan orang Yahudi besar-besaran ke bumi Palestin dan para pemuda Yahudi bersenjata datang dari pelbagai penjuru dunia?

Orang Yahudi ingin merebut tanah dengan kekerasan mahupun dengan pujuk rayu.

 

 

DISEDIAKAN OLEH :

AJK PERTANDINGAN DAQ 2011

Leave a Comment