Uhibukki Fillah?? Apakah itu??


Setiap kali cuti sekolah menjelma, inilah masanya kami sekeluarga berkumpul .Lebih seronok apabila dapat berkumpul bersama sanak saudara yang lain yang turut sama-sama pulang bercuti ke kampung. Kebetulan suatu har,i aku sekeluarga dijemput ke majlis sambutan hari jadi sepupuku Sufiya . Inilah peluang untuk kami bertemu semula dan berjumpa adik beradik yang lain. Seperti biasa, majlis itu simple dan diadakan bertujuan berkumpul sanak saudara dan menjemput rakan-rakan ‘birthday girl ‘. Namun begitu, ada sesuatu yang menarik yang mampu menarik perhatianku dan menjadi peringatan buat diriku juga. Ianya bermula apabila adik bongsu Sufiya memulakan perbualan dan teruja melihat hadiah-hadiah yang diperoleh kakaknya.
“Waahh!! Banyaknya akak dapat hadiah…!” Sorak si adik kecil Dahlia sambil berlari menuju ke arah kakaknya yang asyik membelek hadiah-hadiah pemberian daripada rakan-rakanya.
Dahlia turut bersama kakaknya membelek hadiah sambil membaca ucapan-ucapan yang tertulis pada kertas hadiah.
“Uhibbuki fillah…uhibbuki fillah..uhibbuki fillah..! Apa ni akak? Apa maksud perkataan nie?” Tanya si kecil Dahlia kepada kakaknya.
“Ish ! Adik ni….itu pon tak tau ke..!” Sampuk Adam bersahaja sambil berjalan melintas ke ruang dapur.
“Alaa..yee laa..mana adik tau..adik kan kecik lagi..” Jawab Dahlia sambil mengomel sendirian. Manja.
Sufiya geli hati melihat gelagat dua beradik bertekak mulut. Namun itulah rutin Adam, adik kedua Sufiya yang sememangnya gemar mengusik adik bongsunya Dahlia. Dalam sehari , jika tak diusik memang tak sah.
“Aah…apa la kau ni Adam! Logik kot kalau budak ni tak tahu maksudnya. Budak ni baru umur 6 tahun. Baru nak mula membaca..!” Kata Sufiya membela Dahlia.
Jelas kelihatan muka Dahlia yang amat berpuas hati atas pembelaan terhadap dirinya . Adam hanya mampu tersengih. Faham benar akan sikap protective kakaknya itu yang sentiasa membela Dahlia setiap kali diusik. Dalam hati, Adam mengaku bahawa dia juga tidak memahami akan maksud “Uhibukki Fillah” itu.
“Eheh…gurau-gurau je kak. Haa..cepat la terangkan Uhibukki Fillah tu apa. Adam pon nak tau jugak” kata Adam.
Berminat sungguh kedua-dua beradik itu ingin mengetahui akan maksud keramat itu.
“Haa..uhibukki fillah tu ‘I love you’ ,sayang awak..haa, lebih kurang macam tu la..” kata Sufiya.
“Ek elehh…ye ke kak?Habis tu banyak- banyak hadiah yang akak dapat tu ‘love’ je maksudnya eh? heh!” Tanya Adam. Nada macam nak cari pasal atau dengan erti kata lain macam nak cari gaduh.
“Apasal? Jeles le teeww…”Jawab Sufiya bersahaja. Faham benar akan sikap adiknya yang suka menyakat itu.
“Huu..alaa.. itu umum la..kita boleh ucapkan cinta, sayang kepada sesiapa yang kita suka. Tapi ‘uhibukki fillah’ nie lagi best tau!” Kata Sufiya.
“Waahh!! Tapi kenapa? Huuu…” Tanya Dahlia.
“Ahaa..uhibukki fillah ni, I love you atau saya sayang kamu yang boleh mengeratkan hubungan antara satu sama lain kerana Allah SWT. Di samping itu..kita juga turut boleh mendoakan kesejahteraan dan kebahagiaan terhadap orang lain..Besar ganjarannya jika kita sayang sahabat,orang sekeliling kita dan berukhuwah atas dasar mencari keredhaan Allah dan sama-sama memimpin antara satu sama lain untuk mengubah dan berubah ke arah perubahan yang baik..” Terang Sufiya kepada kedua-dua adik kesayangannya yang asyik mendengar kata-katanya.
“Perasaan sayang, cinta ,jangan hanya terputus apabila orang yang disayangi menghembuskan nafas terakhir tapi lebih elok jika perasaan sayang dan kasih itu mampu dibawa ke syurga yang hakiki. Kasih dan sayang yang ikhlas dan diredhai insyaallah berkekalan hingga ke syurga. Kasih sayang di dunia kita dapat,ganjaran dan bekalan untuk akhirat pun kita tak ketinggalan, dik. Kalau kita sayangkan orang disekeliling kita, tak kiralah sesiapa pun, kita mesti mahukan yang terbaik juga untuk mereka juga..betul tak?”
“Betul ! Betul! Betul!” Dahlia mencelah.
“Adik-adik akak mesti nak masuk syurga kan? Ini pon salah satu cara untuk kita berusaha mencari keredhaan Allah SWT. Akak percaya, adik- adik akak ni ramai kawan dan orang yang disayangi di sekeliling. Jadi ambillah peluang ini untuk menjalinkan hubungan yang baik dengan mereka. Bermusuhan jauhkan sama sekali. Kata orang berkawan biar beribu, bermusuhan….errr..biar kosong!haaa..mcm tue.” Kata Sufiya meyakinkan adik-adiknya.
“Ooo..sekarang baru Adam faham uhibukki fillah tu apa..ok..”Kata Adam.
“Ah..kalau macam tu adik pon nak ucapkan uhibukki fillah jugaklah kat kawan-kawan adik nanti” Si kecil Dahlia pula bersuara.
Tersenyum aku keseorangan mendengar akan perbualan tiga beradik itu. Bersuara tidak. Menyampuk pun tidak. Cukup sekadar menjadi pendengar dan pemerhati setia akan gelagat tiga beradik itu. Memang ada kebenarannya disebalik kata-kata dan nasihat si kakak terhadap adik-adiknya.Uhibukki fillah,satu keramat yang amat tinggi nilainya.Kasih dan sayang yang ikhlas kerana Allah SWT. Hanya Allah jugalah yang mampu menilai sejauh mana kasih dan sayang kita terhadap sesama manusia. Kadang-kadang kita mudah melafazkan sayang,cinta kepada orang yang kita kenali dan sayangi. Tapi, bila salah seorangnya hanyut, terbabas dari landasan..kita yang dikatakan sahabat mahupun saudara terdekat hanya mampu melihat dan mudah pula untuk meninggalkannya tanpa sebarang usaha untuk membawanya pulang ke pangkuan jalan. Ini juga membuatkan aku terfikir setinggi dan seikhlas manakah kasih sayang kita terhadap orang di sekeliling kita?
p/s: Dua ayat yang saya belajar.Ukhuwah fillah.Uhibukki fillah.=)
-IKRAMI ALI-

Leave a Comment