Pengangkutan
Sistem pengangkutan awam di Seoul merupakan antara jaringan sistem pengangkutan awam yang paling meluas dan berkesan. Bas dan Subway menjadi pilihan utama majoriti penduduk Seoul kerana efisyen, mudah dan murah untuk mencapai satu-satu kawasan. Teksi juga terdapat disini dan lebih pantas sesuai dengan harganya.

Seoul City Bus System dikelaskan dengan empat warna:
- Biru : bas kawasan pinggir bandar – Downtown Seoul
- Hijau : berpusing sekitar kawasan Seoul
- Merah : bas Downtown Seoul – bandar Sub-urban
- Kuning : berpusing sekitar Tengah Seoul (pusat perniagaan)
T-Money
Kad ala-ala Touch`n` Go ini dapat digunakan untuk kedua-dua sistem bas dan subway.
Tambang permulaan untuk kedua-dua sistem bas dan subway ialah ₩900 (Korean Won) dan caj tambahan ₩100 untuk setiap 5km seterusnya. Setiap transfer dari subway ke bas atau bas ke bas, caj dikira mengikut distance scale rates system. Penumpang diberi 30 minit untuk transfer ke line subway yang lain atau bas.
Maklumat lanjut sila layari Seoul Metro Subway









