Category: Akhawat
AKU MAHU
Aku Mahu
by safuranordin
Aku jadi sedih
Melihat Al-Aqsa dirampas dan diragut kesuciannya
Tetamu Al-Aqsa ditapis si durjana
Tempat suci itu diperlakukan sewenangnya
Aku jadi berang
Melihat rakyat Palestin diperlakukan sehinanya
Kanak-kanak dipukul dan dilawan dengan senjata
Mereka yang tidak bersalah dipenjara dan disiksa
Aku jadi marah
Melihat dengan tembok berhasta tinggi, Gaza dipenjara
Tiada bantuan makanan dan ubatan dibenarkan melepasinya
Hanya terowong sempit penyambung bekalan untuk mereka
Ada [...]
Akhawat Day Out Siri 2 : Geng Pengembaraan Bermula
Taman Negara Bukhansan, 1 Oktober 2011- Biro Sukan dan Rekreasi KIMS telah berjaya mengadakan aktiviti mendaki gunung di Taman Negara Bukhansan yang mana pesertanya terdiri daripada 21 orang akhawat dari pelbagai universiti dan tempat. Aktiviti dimulakan dengan pemberian taklimat oleh pengarah program dan disusuli dengan bacaan doa. Pendakian bermula pada jam 10 pagi dan berjaya [...]
Sahabat yang bermanfaat BUKAN berbenefit
Assalamualaikum wbt
Kehangatan sambutan raya masih lagi terasa dan ketika ini ramai yang mengambil peluang untuk mengadakan jamuan rumah terbuka, menjemput dan berjumpa dengan rakan-rakan lama dan berpeluang untuk mengeratkan ikatan silaturrahim yang telah sekian lama terputus. Begitu jugalah dengan kisah hidup dua sahabat karib Bedah dan Temah. Persahabatan mereka terbina sejak dari tadika tetapi mempunyai [...]
Jaulah Akhwat ke Daegu (12 Julai~14 Julai 2011)
Dengan nama ALLAH yang maha pemurah lagi maha mengasihani. Alhamdulillah, walaupun cuaca mendung dan diselangi hujan rintik-rintik namun itu tidak mematahkan semangat kami untuk meneruskan program yang telah dirancang dengan rapi oleh ukhti Nuradzlin selaku PIC (person in charge) untuk jaulah kali ini. Sebelum laporan ini diteruskan, terlebih dahulu saya ingin menerangkan tujuan utama jaulah [...]
Lebih Baik daripada Ayahku
Petang itu indah dan sungguh menenangkan. Aku dan ibu baru sahaja usai mendirikan solat asar dan membaca mathurat bersama. Sudah menjadi rutin keluargaku, setiap petang kami akan meluangkan masa bersama-sama setelah seharian melakukan urusan peribadi masing-masing. Ayah biasanya akan terus ke masjid setelah habis waktu bekerja dan akan pulang selepas isyak kerana memenuhi undangan masjid [...]
kejukejukeju
“Ada makanan halal ke kat sana?”
“Akak, yang ni boleh makan ke?”
“Bang, yang ni ada yang tak boleh makan ke?”
“Kandungan ni boleh makan ke ye?”
Persoalan di atas selalu kedengaran atau terpampang di skrin computer dan telefon sonbae tatkala hubae membuat persiapan untuk ke korea atau hubae yang baru menjejakkan kaki di bumi yang pernah digelar sebagai [...]
Merasai Nikmat Ukhuwwah di ADO(Akhawat’s Day Out)
Dongyang Mirae Universiti, 10 April 2011- Pada hari ahad yang lalu, biro sukan dan rekreasi KiMS telah berjaya menjalankan program rehlah iaitu Akhawat’s Day Out yang disertai oleh 27 orang akhawat yang terdiri daripada pelbagai universiti dan tempat. Program dimulakan dengan ucapan alu-aluan oleh ukhti Syafiqa Hanim disusuli dengan doa oleh ukhti Safura. Akhawat kemudian [...]
Akhawat’s Day Out!!
TENTATIF:-
MASA
AKTIVITI
1000-1030
PEMBUKAAN PROGRAM AKHAWAT DAY OUT
- Bacaan doa
- taklimat program oleh ukhtie
pengarah
- Persembahan
pembukaan
1030-1100
GAME 1
1100-1200
GAME 2
1200-1300
MAKAN TENGAHARI
1300-1400
SOLAT ZUHUR
PENGISIAN
1400-1500
KUIZ
SESI BERTUKAR HADIAH
1500
BERSURAI
Ayuh Sertai!!!
untuk maklumat lanjut, sila hubungi
ukhti Syafiqa Hanim: 010-5736-7557
nemo_cool_21@yahoo.com
Riadhah Pertama Akhawat di Annyangcheon
Annyangcheon, 03 April 2011- Alhamdulillah pada hari ahad yg lalu, KiMS telah berjaya membuka langkah baru dgn menjalankan aktiviti riadah mingguan untuk akhawat yang akan diteruskan untuk mingu-minggu yang seterusnya. Riadah dimulakan dengan ucapan alu-aluan oleh ukhti Syafiqa Hanim, doa dan tazkirah ringkas daripada ukhti Nazihah. Seramai 14 orang akhawat telah berjaya menghadirkan diri selepas [...]
Mari “make up” kan diri….^~^
Assalammualaikum sahabat2 sekalian..
Anda sayang diri anda tak??
saya sayang diri saya..saya bersyukur Allah kurniakan saya tubuh badan yang sihat,yang masih boleh digunakan kearah kebaikan…akal yang mampu berfikir..
Malam2 yang sepu2 bahasa ini saya ingin berkongsi dengan anda semua tentang cara-cara bermake-up..
Kalau sebut saja tentang make up,solek ia amat sebati dgn diri wanita…Alhamdulillah,Subhanallah..Allah kurniakan kita paras rupa [...]







