ISMA Korea

Uhibukki Fillah?? Apakah itu??
Setiap kali cuti sekolah menjelma, inilah masanya kami sekeluarga berkumpul .Lebih seronok apabila dapat berkumpul bersama sanak saudara yang lain yang turut sama-sama pulang bercuti ke kampung. Kebetulan suatu har,i aku sekeluarga dijemput ke majlis sambutan hari jadi sepupuku Sufiya . Inilah peluang untuk kami bertemu semula dan berjumpa adik beradik yang lain. Seperti biasa, majlis itu simple dan diadakan bertujuan berkumpul sanak saudara dan menjemput rakan-rakan ‘birthday girl ‘. Namun begitu, ada sesuatu yang menarik yang mampu menarik perhatianku dan menjadi peringatan buat diriku juga. Ianya bermula apabila adik bongsu Sufiya memulakan perbualan dan teruja melihat hadiah-hadiah yang diperoleh kakaknya.

“Waahh!! Banyaknya akak dapat hadiah…!” Sorak si adik kecil Dahlia sambil berlari menuju ke arah kakaknya yang asyik membelek hadiah-hadiah pemberian daripada rakan-rakanya.

Dahlia turut bersama kakaknya membelek hadiah sambil membaca ucapan-ucapan yang tertulis pada kertas hadiah.

“Uhibbuki fillah…uhibbuki fillah..uhibbuki fillah..! Apa ni akak? Apa maksud perkataan nie?” Tanya si kecil Dahlia kepada kakaknya.

“Ish ! Adik ni….itu pon tak tau ke..!” Sampuk Adam bersahaja sambil berjalan melintas ke ruang dapur.

“Alaa..yee laa..mana adik tau..adik kan kecik lagi..” Jawab Dahlia sambil mengomel sendirian. Manja.

Sufiya geli hati melihat gelagat dua beradik bertekak mulut. Namun itulah rutin Adam, adik kedua Sufiya yang sememangnya gemar mengusik adik bongsunya Dahlia. Dalam sehari , jika tak diusik memang tak sah.

“Aah…apa la kau ni Adam! Logik kot kalau budak ni tak tahu maksudnya. Budak ni baru umur 6 tahun. Baru nak mula membaca..!” Kata Sufiya membela Dahlia.

Jelas kelihatan muka Dahlia yang amat berpuas hati atas pembelaan terhadap dirinya . Adam hanya mampu tersengih. Faham benar akan sikap protective kakaknya itu yang sentiasa membela Dahlia setiap kali diusik. Dalam hati, Adam mengaku bahawa dia juga tidak memahami akan maksud “Uhibukki Fillah” itu.

“Eheh…gurau-gurau je kak. Haa..cepat la terangkan Uhibukki Fillah tu apa. Adam pon nak tau jugak” kata Adam.

Berminat sungguh kedua-dua beradik itu ingin mengetahui akan maksud keramat itu.

“Haa..uhibukki fillah tu ‘I love you’ ,sayang awak..haa, lebih kurang macam tu la..” kata Sufiya.

“Ek elehh…ye ke kak?Habis tu banyak- banyak hadiah yang akak dapat tu ‘love’ je maksudnya eh? heh!” Tanya Adam. Nada macam nak cari pasal atau dengan erti kata lain macam nak cari gaduh.

“Apasal? Jeles le teeww…”Jawab Sufiya bersahaja. Faham benar akan sikap adiknya yang suka menyakat itu.

“Huu..alaa.. itu umum la..kita boleh ucapkan cinta, sayang kepada sesiapa yang kita suka. Tapi ‘uhibukki fillah’ nie lagi best tau!” Kata Sufiya.

“Waahh!! Tapi kenapa? Huuu…” Tanya Dahlia.

“Ahaa..uhibukki fillah ni, I love you atau saya sayang kamu yang boleh mengeratkan hubungan antara satu sama lain kerana Allah SWT. Di samping itu..kita juga turut boleh mendoakan kesejahteraan dan kebahagiaan terhadap orang lain..Besar ganjarannya jika kita sayang sahabat,orang sekeliling kita dan berukhuwah atas dasar mencari keredhaan Allah dan sama-sama memimpin antara satu sama lain untuk mengubah dan berubah ke arah perubahan yang baik..” Terang Sufiya kepada kedua-dua adik kesayangannya yang asyik mendengar kata-katanya.

“Perasaan sayang, cinta ,jangan hanya terputus apabila orang yang disayangi menghembuskan nafas terakhir tapi lebih elok jika perasaan sayang dan kasih itu mampu dibawa ke syurga yang hakiki. Kasih dan sayang yang ikhlas dan diredhai insyaallah berkekalan hingga ke syurga. Kasih sayang di dunia kita dapat,ganjaran dan bekalan untuk akhirat pun kita tak ketinggalan, dik. Kalau kita sayangkan orang disekeliling kita, tak kiralah sesiapa pun, kita mesti mahukan yang terbaik juga untuk mereka juga..betul tak?”

“Betul ! Betul! Betul!” Dahlia mencelah.

“Adik-adik akak mesti nak masuk syurga kan? Ini pon salah satu cara untuk kita berusaha mencari keredhaan Allah SWT. Akak percaya, adik- adik akak ni ramai kawan dan orang yang disayangi di sekeliling. Jadi ambillah peluang ini untuk menjalinkan hubungan yang baik dengan mereka. Bermusuhan jauhkan sama sekali. Kata orang berkawan biar beribu, bermusuhan….errr..biar kosong!haaa..mcm tue.” Kata Sufiya meyakinkan adik-adiknya.

“Ooo..sekarang baru Adam faham uhibukki fillah tu apa..ok..”Kata Adam.

“Ah..kalau macam tu adik pon nak ucapkan uhibukki fillah jugaklah kat kawan-kawan adik nanti” Si kecil Dahlia pula bersuara.

Tersenyum aku keseorangan mendengar akan perbualan tiga beradik itu. Bersuara tidak. Menyampuk pun tidak. Cukup sekadar menjadi pendengar dan pemerhati setia akan gelagat tiga beradik itu. Memang ada kebenarannya disebalik kata-kata dan nasihat si kakak terhadap adik-adiknya.Uhibukki fillah,satu keramat yang amat tinggi nilainya.Kasih dan sayang yang ikhlas kerana Allah SWT. Hanya Allah jugalah yang mampu menilai sejauh mana kasih dan sayang kita terhadap sesama manusia. Kadang-kadang kita mudah melafazkan sayang,cinta kepada orang yang kita kenali dan sayangi. Tapi, bila salah seorangnya hanyut, terbabas dari landasan..kita yang dikatakan sahabat mahupun saudara terdekat hanya mampu melihat dan mudah pula untuk meninggalkannya tanpa sebarang usaha untuk membawanya pulang ke pangkuan jalan. Ini juga membuatkan aku terfikir setinggi dan seikhlas manakah kasih sayang kita terhadap orang di sekeliling kita?

p/s: Dua ayat yang saya belajar.Ukhuwah fillah.Uhibukki fillah.=)

-IKRAMI ALI-

<fb:like href='http://www.ismakorea.com/v1/2012/01/26/uhibukki-fillah-apakah-itu/' layout='default' show_faces='true' width='400' action='like' colorscheme='light' send='false' />

Q&A KUIZ ONLINE DAQ 2011
1) Ibn Abbas pernah menjelaskan bahawa, “Ada beberapa orang kaum muslimin yang menjalin hubungan dekat dengan beberapa orang Yahudi mengingat mereka adalah tetangga dan orang-orang yang pernah saling bersumpah untuk saling mewarisi di masa jahiliyyah lalu Allah menurunkan ayat yang berisi larangan menjadikan orang-orang Yahudi sebagai teman dekat karena dikhawatirkan menjadi sebab munculnya godaan iman. Ayat yang dimaksudkan adalah ayat di atas.” (Riwayat Ibnu Abi hatim dengan sanad yang hasan).

Berdasarkan riwayat di atas, ayat manakah di dalam Al – Quran yang melarang umat Islam untuk memihak kepada orang Kafir?

C.      Surah Ali Imran:118

2) Lebih 100 tahun dahulu, orang Yahudi mula kembali ke Palestin. Pada 1914, perang terbesar di dunia iaitu Perang Dunia Pertama telah meletus dan menyebabkan kejatuhan Jerman. Pada masa itu, Timur Tengah telah terbahagi kepada dua jajahan. Namakan kedua-dua jajahan tersebut.

D.     Jajahan Inggeris dan Perancis

http://www.youtube.com/watch?v=E21MdXe3BOQ&feature=related

3) Berdasarkan petikan video di atas, apakah satu kebenaran tentang HAMAS, akronim  dari Harakat al-Muqawwamatul Islamiyyah yang secara khususnya dibentuk untuk melakukan perlawanan terhadap pendudukan Israel di Palestin, seperti yang dinyatakan oleh Tony Benn yang merupakan ahli parlimen Parti Buruh di Britain tersebut?

HAMAS merupakan kerajaan yang dilantik pada 2006 setelah menang Pilihanraya Umum di Palestin.

4) Berikut merupakan dua buah masjid yang terdapat di Palestin, iaitu Masjid Al-Aqsa dan Masjid Al-Sakhrah. Antara yang berikut, yang manakah merupakan Masjid Al-Aqsa yang kian menjadi ancaman tentera Zionis

B.

5) Allah telah memerintahkan umat Islam untuk tidak melakukan kekejaman kepada orang-orang yang tidak bersalah. Di samping itu, mereka tidak pernah menggunakan kekerasan yang tidak perlu, bahkan kepada tentera Perang Salib sekalipun. “Dan janganlah sekali-kali kebencian(mu) kepada sesuatu kaum karena mereka menghalang-halangi kamu dari Masjidilharam, mendorongmu berbuat aniaya (kepada mereka)…”. Dalam Al-Quran, ayat manakah yang menyuruh umat Islam supaya bertindak sedemikian?

D.     Surah Al-Maidah:2

http://abidanial.com/artikel-bersiri/dua-rahsia-sulit-terbesar/siri-6

Berdasarkan artikel di atas, jawab soalan-soalan berikut.

6) Apakah tujuan tentera Islam menyerang tentera Salib yang pada ketika itu menguasai Baitul Maqdis?

Kerana kebiadaban angkatan Salib yang melanggari perjanjian gencatan senjata dan bertindak menyerang, merompak dan membunuh rombongan haji umat Islam yang menuju ke Makkah.

7) Yang manakah di antara berikut bukanmerupakan jenis penderitaan tentera Salib dalam Perang Hittin?

D.     Kem sementara mereka telah di bom bertubi-tubi oleh tentera Islam

Salahuddin Al-Ayyubi merupakan seorang panglima Islam yang gagah dan berani dalam merampas Baitul Maqdis yang telah sekian lama dinaung oleh pihak Kristian. Sejak usianya yang masih muda, Salahuddin sentiasa mengikut tentera pejuang. Berapakah usia Salahuddin Al-Ayyudi ketika beliau pertama kali menyertai tentera pejuang Panglima Asasuddin Syirkuh untuk menguasai Damsyik?

B.      16 Tahun

http://zainurrashid.com/?p=184&fb_source=message

Berdasarkan artikel di atas, jawab soalan berikut.

9) Salahuddin al-Ayyubi terkenal dengan sifatnya yang penyayang dan belas kasihan sewaktu peperangan dan jauh berbeza dengan kekejaman tentera Salib. Nyatakan dua contoh kehebatan peribadi Solahuddin Al-Ayyubi tersebut.

Salahuddin tidak membalas dendam setelah menang ke atas salib bahkan telah menunjukkan ketinggian akhlaknya ketika orang Kristian menyerah kalah

Orang-orang Kristian sebenarnya sangat beruntung apabila tidak seorang pun dari pihak mereka yang telah dibunuh apabila Solahuddin dan tenteranya menang

Solehudin telah membenarkan penganut semua agama (Islam atau Kristian atau Yahudi) untuk bersembahyang di tempat-tempat suci masing-masing

http://myalexanderwathern.blogspot.com/2011/06/salahuddin-al-ayyubi-sebelum-pembebasan.html

Berdasarkan artikel di atas, jawab soalan-soalan berikut.

10) Usia tidak pernah menjadi penghalang buat Salahuddin Al-Ayyubi dalam mempertegak syiar Islam dan menjadi tulang belakang dalam pertempuran dengan tentera Salib. Namun, terdapat juga konspirasi-konspirasi yang cuba untuk menjatuhkan kepimpinan Salahuddin Al-Ayyubi. Satu kuasa besar telah terlibat dalam dua konspirasi untuk menjatuhkan Salahuddin Al-Ayyubi. Yang manakah di antara berikut merupakan kuasa tersebut tersebut?

B.      Perancis

11) Pada zaman Salahuddin Al-Ayyubi memerintah, kebanyakan rakyat Mesir kepada ahlul bait yang berada dalam Kerajaan Fatimiyyah sehingga terpengaruh dengan ajaran Syiah yang ekstrem. Sebagai seseorang yang berfahaman Ahlul Sunnah wal Jamaah, Salahuddin Al-Ayyubi telah mengasaskan dua institusi pendidikan bagi membetulkan fahaman rakyat Mesir. Nyatakan kedua-dua institusi pendidikan tersebut.

Madrasah An-Nasiriyyah

Madrasah Al-Kamiliyyah

http://www.youtube.com/watch?v=iitm6NCse4s&feature=related

Berdasarkan petikan video di atas, jawab kedua-dua soalan  berikut.

12) Nabi Muhammad S.A.W bersabda: “Kelak, umat-umat lain akan mengerumuni kalian seperti orang-orang yang lapar mengerumuni hidangan mereka.”

Salah seorang bertanya: “Adakah kerana bilangan kita sedikit pada ketika itu?”

Nabi Muhammad S.A.W menjawab: “Tidak, pada ketika itu bilangan kalian ramai, namun kalian adalah seperti buih di lautan.. dan Allah akan menghilangkan perasaan takut dari hati musuh kalian dan Allah akan mencampakkan ‘Wahn’ ke dalam hati kalian”

Berdasarkan sabda Nabi Muhammad S.A.W di atas, apakah yang dimaksudkan dengan ‘Wahn’? Nyatakan jawapan dengan lengkap.

Cintakan kehidupan dan membenci kematian

13) Pada November 1947, Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) telah mendeklarasikan pemecahan Palestin serta mengatakan bahawa sebuah kerajaan sementara bagi kaum Yahudi akan mula berfungsi. Apakah alasan Harry S. Truman yang merupakan Presiden Amerika Syarikat pada masa itu sejajar dengan keputusan PBB?

Untuk membenarkan mangsa keganasan Hitler iaitu kaum Yahudi untuk membina hidup baru

14) Dengan kebijaksanaan, toleransi dan kebaikan yang ditunjukkannya kepada penduduk Palestin, Khalifah ini telah berjaya membebaskan Baitul Maqdis atau Al Quds dari kekuasaan empayar Rom yang zalim. Penduduk Al Quds pada majoritinya beragama Kristian menyambut dengan gembira pemerintahan Islam kerana mereka merasakan bebas dari penindasan dan kezaliman pemerintahan Rom sebelum itu. Siapakah Khalifah yang dimaksudkan di atas?

C.      Saidina Umar bin Al Khattab

15)

Gambar di atas merupakan gambar seorang pemimpin Bani Uthmaniyah yang terakhir. Beliau secara tegasnya pertahankan Palestin daripada Yahudi yang ingin bermastautin di Palestin. Beliau pernah berkata, “Palestine bukan milikku, bukan milik bangsa Turki tetapi milik bangsa Arab. Baitul Maqdis pula bukan milik bangsa Arab tetapi milik umat Islam seluruhnya. Aku tidak akan sesekali menyerahkan bumi Palestine walaupun sejengkal setelah bangsaku berjihad bermati-matian mempertahankan dan menyuburkan tanahnya dengan darah-darah mereka. Simpanlah wang kamu yang berjuta ringgit itu kerana sekiranya suatu hari nanti Khilafah Islamiyah ini tumbang, kamu boleh mengambilnya tanpa sebarang wang tukaran. Adapun, sekiranya aku masih hidup, aku lebih rela diriku dicincang daripada melihat bumi Palestine dikeluarkan dari Daulah Islamiyah dan perkara itu selama-lamanya tidak akan berlaku. Adakah kami akan membenarkan diri (Wilayah-wilayah takluk Kerajaan Turki Uthmaniyah) kami ini semua dipisah-pisahkan sedangkan kami masih hidup?!”

Siapakah pemimpin Bani Uthmaniyah yang telah memperjuangkan Palestin sehingga nafas terakhir ini?

C.      Sultan Abdul Hamid II

16) http://www.republika.co.id/berita/dunia-islam/khazanah/11/06/16/lmw2ki-sejarah-para-khalifah-sulaiman-alqanuni-sulaiman-the-magnificent

Berdasarkan artikel di atas, jawab soalan berikut.

Sultan Sulaiman Al-Qanuni merupakan pemerintah Islam yang dikagumi kawan dan lawan kerana berjaya menyerbarkan Islam sehingga ke rantau Balkan di Eropah. Malah, di barat, Sultan Sulaiman dikenali sebagai Sulaiman The Magnificent (Sulaiman yang Hebat). Jelaskan mengapakah Sultan Sulaiman diberi gelaran Al-Qanuni?

Jasanya dalam mengkaji dan menyusun sistem undang-undang Kerajaan Turki Utsmani dan penerapannya secara teratur dan tanpa kompromi.

17) Salah satu faktor yang melumpuhkan kegemilangan Kerajaan Turki Uthmaniyah pimpinan Sultan Sulaiman Al-Qanuni adalah terbentuknya Revolusi Arab 191. Sharif Husyn ibn ‘Ali, gabenor Saudi yang dilantik oleh Kerajaan Turki Uthmaniyah telah dihantar untuk membuat perjanjian dengan Sir Henry Mc Mc Mahon untuk mengadakan Revolusi tersebut. Malangnya, tanpa pengetahuan pihak Arab Saudi, perjanjian tersebut awal-awal lagi telah terbatal dengan wujudnya perjanjian rahsia Skyes-Picot antara Perancis dan British. Apakah sebab utama yang membawa kepada kewujudan Revolusi Arab 191 ini?

B) Bangsa Arab berasa begitu bangga dengan bangsa mereka sendiri sehingga tidak senang untuk berada di bawah kekuasaan Kerajaan Turki Uthmaniyah yang bukan dari bangsa Arab

18) A blinding flash of white light

Lit up the sky over Gaza tonight

People running for cover

Not knowing whether they’re dead or alive

They came with their tanks and their planes

With ravaging fiery flames

And nothing remains

Just a voice rising up in the smoky haze

We will not go down

In the night, without a fight

You can burn up our mosques and our homes and our schools

But our spirit will never die

We will not go down

In Gaza tonight

Petikan lirik lagu di atas menceritakan keadaan sebenar yang berlaku di Palestin sehingga ke saat ini. Lagu ini menceritakan tentang keganasan tentera Israel yang tanpa henti menyeksa rakyat Palestin yang tidak bersalah dengan membakar masjid-masjid, rumah-rumah dan pusat pendidikan di Palestin. Namun begitu, semangat rakyat Palestin tidak pernah luntur untuk memperjuangkan negara mereka. Lagu ini telah ditulis oleh seorang penyanyi kelahiran Syria yang juga banyak menulis lagu berunsurkan sifat kemanusiaan. Nyatakan penulis lagu yang juga penyanyi kepada lagu ini serta tajuk lagu tersebut dengan lengkap.

Michael Heart – We Will Not Go Down (Song for Gaza)

http://zainurrashid.com/?p=234&fb_source=message

Berdasarkan artikel di atas, jawab soalan-soalan berikut.

19) Siapakah fokus perjuangan Panglima Izzuddin Al Qasam

B.      Kerana waspada terhadap ancaman Yahudi secara berterusan

20) Apakah pandangan Sheikh Izzuddin ketika melihat penghijrahan orang Yahudi besar-besaran ke bumi Palestin dan para pemuda Yahudi bersenjata datang dari pelbagai penjuru dunia?

Orang Yahudi ingin merebut tanah dengan kekerasan mahupun dengan pujuk rayu.

DISEDIAKAN OLEH :

AJK PERTANDINGAN DAQ 2011

<fb:like href='http://www.ismakorea.com/v1/2011/12/10/qa-kuiz-online-daq-2011/' layout='default' show_faces='true' width='400' action='like' colorscheme='light' send='false' />

DEMI AL-AQSA 2011
Seoul, 19 November 2011- Bumi Korea Selatan melakarkan sejarah apabila program Demi Al-Aqsa 2011 anjuran Isma Korea dan Aman Palestin Berhad berlangsung dengan jayanya. Program ini juga mendapat kerjasama yang jitu daripada persatuan-persatuan di Korea seperti Persatuan Pelajar Malaysia Korea (PPMK) dan Kelab Umno Korea (KUK). Program yang dijalankan di Dongyang Mirae University ini dihadiri seramai lebih dari 150 peserta dari serata Korea termasuk dari dalam dan luar Seoul.

Bermula jam 8 pagi dewan mula dipenuhi oleh para ajk untuk memastikan kelancaran majlis dan berakhir pada pukul 10.30 malam. Aktiviti pagi diserikan dengan persembahan nasyid, pertandingan tilawah dan hafazan, persembahan melankolik pejuang, pertandingan Informative Presentation, persembahan sajak bagi pihak pelajar perempuan. Pada waktu tengah hari majlis di teruskan dengan pameran, jualan, pertandingan khat dan pertandingan menjawikan tulisan rumi dengan isu bertemakan Salahuddin dan Palestin. Pada masa yang sama, dedication item diagihkan kepada pelajar-pelajar.

Pada malam kemuncak, program Demi Al-Aqsa 2011 yang bertemakan Searching For Salahuddin (ㅅ 4 ㅅ) ini dirasmikan oleh Presiden PPMK, saudara Halmi Alwi. Program ini juga menampilkan penceramah yang sangat dekat hatinya dengan isu Palestin, Dr Zainur Rashid Zainuddin membentangkan tajuk “Masa Depan Palestin : Membina Generasi Sehebat Salahuddin”. Hampir 2 jam masa berlalu tanpa disedari kerana masing-masing khusyuk mendengar pengisian yang disampaikan oleh Dr Z. Penerangan Dr Z merangkap sejarah Palestin, Salahuddin dan langkah-langkah bagaimana kita mendidik diri untuk mencontohi jejak langkah Salahuddin. Selain itu, majlis juga diserikan dengan persembahan-persembahan menarik yang menampilkan Reunion AFU menyampaikan persembahan nasyid yang begitu bersemangat dan bertenaga, begitu juga dengan penyampaian sajak dan pidato yang membakar semangat para hadirin untuk bangkit memainkan peranan dalam menyelamatkan umat Islam khususnya di Palestin.

Antara acara yang julung kali diadakan ialah Bid 4 Palestine. Acara ini mendapat sambutan di luar jangkaan apabila harga bidaan adalah melebihi lima kali ganda harga sebenar barang tersebut. Memetik satu hadis Rasulullah SAW:

“Sentiasa akan ada sekelompok dari umatku yang sentiasa berjuang bersama-sama kebenaran, mencabar dan menentang musuh-musuh mereka. Musuh-musuh mereka tidak dapat memberi mudarat kepada mereka sehingga Allah mendatangkan keputusannya. Mereka tetap dalam keadaan demikian.” Maka para sahabat bertanya,”Dimanakah mereka?” Jawab Rasulullah, ” Di Baitul Maqdis dan sekitarnya”. (Riwayat Bukhari)

Justeru, sejajar dengan semangat dan perjuangan yang dimiliki oleh pejuang di bumi palestina, ISMA Korea juga berasa terpanggil untuk menyuburkan lagi semangat tersebut di kalangan siswa siswi bumi sonata ini. Berbekalkan harapan bahawa mahasiswa juga boleh memainkan peranan besar dalam usaha membebaskan baitul maqdis, program-program akan diatur sepanjang tahun untuk mahasiswa di sini. Diharapkan juga program Demi Al-Aqsa akan terus menjadi program tahunan di bumi korea.

LAPORAN DISEDIAKAN OLEH :

PEN. PENGARAH DAQ 2011

SITI ZULAIHAH ABDUL KARIM

<fb:like href='http://www.ismakorea.com/v1/2011/12/10/laporan-demi-al-aqsa-2011/' layout='default' show_faces='true' width='400' action='like' colorscheme='light' send='false' />

AKU MAHU
Aku Mahu

by safuranordin

Aku jadi sedih

Melihat Al-Aqsa dirampas dan diragut kesuciannya

Tetamu Al-Aqsa ditapis si durjana

Tempat suci itu diperlakukan sewenangnya

Aku jadi berang

Melihat rakyat Palestin diperlakukan sehinanya

Kanak-kanak dipukul dan dilawan dengan senjata

Mereka yang tidak bersalah dipenjara dan disiksa

Aku jadi marah

Melihat dengan tembok berhasta tinggi, Gaza dipenjara

Tiada bantuan makanan dan ubatan dibenarkan melepasinya

Hanya terowong sempit penyambung bekalan untuk mereka

Ada apa dengan sedihku?

Ada apa dengan marah dan berangku?

Hendak di bawa ke mana perasaan itu jika ia bertahan sesaat cuma?

Aku mahu Palestin bebas ya Allah

Aku tidak mahu umat islam ditindas

Mampukah aku menjadi seperti Salahuddin?

Ketika Salahuddin sibuk memikirkan nasib Al-Aqsa

Sehingga kelihatan tidak pernah ketawa

Aku masih sibuk memikirkan masalah cinta

Masalah hati yang tak pernah reda

Tidak tentu hala kerananya

Mampukah aku menjadi seperti Salahuddin?

Ketika Salahuddin memilih untuk hidup sederhana

Di medan peperangan masih tetap berpuasa

Aku masih sayangkan harta dunia

Memuaskan keinginan diri tanpa usaha menyekatnya

Mampukah aku menjadi seperti Salahuddin ya Allah…

Sekiranya ketika Salahuddin sujud dengan penuh kerendahan diri

Meminta pertolonganMU bagi membebaskan Al-Aqsa

Aku masih sujud dengan penuh kerisauan

Memohon kebaikan untuk diriku cuma

Mampukah aku menjadi seperti Salahuddin?

Ketika Salahuddin menumpukan seluruh tenaganya

Membina kekuatan islam bagi menawan Baitu Maqdis semula

Aku masih sibuk menumpukan perhatian saban malam

Dengan game, lagu dan drama

Aku mahu menjadi seperti Salahuddin

Seluruh usianya tertumpu untuk membebaskan Palestin semata

Aku mahu generasiku nanti juga sehebat Salahuddin

Yang tidak pernah gentar dengan musuh yang ramai

Kerana pergantungan kepada Allah melebihi segalanya

Aku mahu rakan-rakanku juga seperti Salahuddin, ya Allah

Strategi peperangan Rasulullah menjadi petua kejayaannya

Kerananya azan berkumandang kembali di Baitul Maqdis

Setelah 88 tahun lamanya

Namun aku cuma tahu mahu tanpa usaha……

Ketika mereka bertanya

Dimana harus dicari insan seperti Salahuddin?

Katakan kepada mereka

Hadapkan dirimu di hadapan cermin

Dan carilah disana

<fb:like href='http://www.ismakorea.com/v1/2011/12/08/aku-mahu-2/' layout='default' show_faces='true' width='400' action='like' colorscheme='light' send='false' />

Perutusan Pengerusi ISMA Korea bersempena Tahun Baru Hijrah 1433H
Bismillah..

Segala puji bagi Allah yang memberi peluang kepada kita untuk memasuki tahun baru Islam bagi tahun 1433H. Apa yang kita harapkan dari tahun baru yang tiba ini, adalah tahun di mana kita, ummat Islam meningkatkan amalan-amalan kebaikan supaya ia menjadi bukti untuk kita menghadap Allah SWT.

Melayari memori perjuangan Rasulullah S.A.W dari Mekah ke Madinah membuatkan saya cukup terharu akan perjuangan baginda dan saya mengharapkan generasi ummat Islam masa kini mengambil pengajaran dari peristiwa agung tersebut. Ingin saya nukilkan dari ringkasan sejarah yang ditulis oleh Ustaz Abdul Halim Abdullah, EXCO Dakwah Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA), dalam blog beliau mengatakan bahawa hasil dari hijrah membuktikan para sahabat berjaya membina kerajaan terkuat di dunia dan pusat Tamaddun Islam yang berterusan lebih 1300 tahun. Realiti sejarah ini perlu diambil pengajaran oleh ummat Islam masa kini.

Di Malaysia dan kawasan rantau Tanah Melayu, sudah menjadi kebiasaan masyarakat setempat membaca do’a akhir tahun dan do’a awal tahun yang disusun oleh ulama’ nusantara. Semoga do’a yang kita baca menjadi benteng dan menjadi kekuatan kepada kita bagi meneruskan tahun yang mendatang. Betapa halusnya masyarakat Melayu menghayati setiap peristiwa sejarah Nabi agar masyarakat sentiasa peka dengan setiap peristiwa besar dalam Islam. Namun, membaca do’a bagi awal dan akhir tahun bukanlah amalan Rasulullah S.A.W. bahkan perkiraan tahun hijrah juga bermula ketika pemerintahan Saidina Umar Al-Khattab tetapi bagi mereka yang ingin mengamalkan membaca do’a tersebut ambillah peluang ini sebagai masa untuk memuhasabah diri dan sebagai tarhib (peringatan) supaya kita mampu kekal melaksanakan tanggungjawab kepada Allah S.W.T. Manakala bagi mereka yang tidak mahu membaca juga tidak menjadi masalah dan bukanlah menjadi satu kesalahan besar.

Hijrah Membangun Umat Beragenda

Berada di tanah gersang Korea Selatan merupakan satu cabaran buat ummat Islam. Cabaran mereka meliputi kesukaran mencari makanan halal hinggalah ke aspek ibadah khusus. Apapun cabaran yang kita lalui sebenarnya akan mengukuhkan keimanan kita sekiranya kita mampu mengekalkan jati diri Muslim serta berani untuk mengiklankan prinsip hidup kita. Saya doakan agar ummat Islam yang berada di Korea Selatan samada pelajar, kakitangan kerajaan, golongan professional dan sebagainya bersama-sama mendalami erti hijrah yang ditunjukkan oleh Rasulullah S.A.W. serta menghubungkaitkan dengan pengalaman sepanjang keberadaan kita di perantauan.

Sahabat sekalian,

Apabila kita mengatakan penyaksian kita kepada Allah S.W.T, maka kita perlu berusaha memahami erti sebenar ajaran dan agenda yang diturunkan oleh Allah S.W.T kepada umatnya. Mungkin selama ini kita sering mengambil peluang yang diberi sambil lewa hingga kita lupa sebenarnya Allah inginkan kita berusaha menegakkan kalimahNya yang tinggi dalam setiap ruang lingkup kita tetapi kita tidak memahaminya. Menjadi agenda kita juga sebagai ummat Islam untuk membuktikan bahawa Islam adalah satu sistem yang merangkumi semua aspek kehidupan manusia.

Buat golongan pemuda-pemudi, semoga kalian menjadikan pengalaman di Korea Selatan sebagai pengalaman yang cukup berharga untuk diaplikasikan sebaik sahaja pulang ke tanah air tercinta. Di sanalah medan realiti kita berjuang dan menyampaikan risalah kepada kaum kita sendiri. Ambillah peluang di sini untuk berhijrah sebaik mungkin dan peliharalah kecemerlangan anda samada dari segi syakhsiah, akademik dan juga bidang-bidang kemahiran tambahan. Masih banyak nilai-nilai murni yang perlu kita hayati dan menghidupkan budaya tersebut di dalam kehidupan harian kita seperti membuat kerja bersugguh-sungguh, tidak menangguh urusan yang diberi, fokus dalam pekerjaan, tepat waktu dan sebagainya agar kita mampu membentuk generasi yang memenuhi kriteria yang digariskan oleh Imam As-syahid Hassan Al-banna.

Akhir kalam, mari sama-sama kita berhijrah dan memulakan tahun baru untuk bermuhasabah dan bertaubat di atas kelalaian kita yang lepas. Hayatilah satu kisah di mana Mansur bin Amar menasihati seorang pemuda, “Wahai pemuda, janganlah engkau tertipu oleh mudamu, betapa banyak anak muda melambat-lambatkan taubat lalu apabila maut datang dia lupa bertaubat. Apabila seluruh anak isteri dan keluarganya bahkan hartanya tidak berguna lagi”.

Maksudnya : “pada hari di mana harta dan anak tidak bermanfaat, kecuali orang yang dating kepada Allah (mati) (dengan hati yang selamat membawa iman/taubat)” as-syura; 88-89

Semoga kedatangan tahun baru 1433H membawa seribu makna kepada ummat Islam serta sinar hidayah di Korea Selatan. Amin.

Sekian. Salam Hijrah

Membangun Umat Beragenda.

Ahnaf bin Ab Qais

Pengerusi,

Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA) Korea Selatan

<fb:like href='http://www.ismakorea.com/v1/2011/11/27/peutusan-pengerusi-isma-korea-bersempena-tahun-baru-hijrah-1433h/' layout='default' show_faces='true' width='400' action='like' colorscheme='light' send='false' />

Tip memikat di dalam dakwah fardiyah
Salah satu seni dakwah yang paling berkesan ialah dakwah fardiyah. Seerah Rasulullah SAW menunjukkan betapa ramai tokoh-tokoh besar Islam menerima Islam melalui pintu dakwah fardiyah. Antara tokoh-tokoh besar Islam yang memeluk Islam melalui seni ini ialah Uthman b. ‘Affan, Abdul Rahman b. ‘Auf, Az-Zubair bin Al-‘Awwam, Saad bin Abi Waqqas , Tholhah b. Ubaidillah dan lain-lain lagi.

Dakwah Fardiyah adalah seni perhubungan antara seorang da’ie dengan mad’unya (sasarannya) dalam bentuk hubungan peribadi secara langsung. Ia dilakukan sama ada dari individu yang intima’ kepada mana-mana jamaah yang melaksanakan tugas dakwah, menyampaikan fikroh Islam sehingga menarik untuk menggabungkan diri ke dalam jamaah tersebut. Ia juga boleh dilakukan oleh individu yang tidak terlibat dengan mana-mana jamaah atas tujuan menyerunya ke jalan Allah.

Salah satu seni yang penting di dalam melaksanakan dakwah fardiyah ialah seni mempengaruhi atau memikat hati manusia. Para ulama’ dakwah membahagikan seni ini kepada tiga peringkat  iaitu :

Peringkat pertama : tahap memikat dan merangsang minat

Peringkat kedua : tahap menarik minat mad’u kepada da’ie.

Peringkat ketiga : tahap menarik minat mad’u kepada fikroh Islam.

Ada beberapa kaedah yang diajarkan oleh Rasulullah SAW dalam melaksanakan seni memikat hati manusia  dalam dakwah fardiyah ini. Kaedah-kaedah ini diambil dari sumber al-Quran dan as-Sunnah.

Antara kaedah tersebut yang dapat  dilakukan dalam mengimplimentasikan dakwah fardiyah ini ialah :

Peringkat 1 : Tahap memikat dan merangsang minat

Kaedah 1 : Prihatin dan ambil berat kepada saudara seIslam.

Kaedah ini berasaskan kepada sabda Rasulullah SAW : “Barangsiapa yang tidak mengambil berat urusan umat Islam maka ia bukan dari kalangan mereka”.

Seorang dai’e hendaklah prihatin dan mengambil berat terhadap manusia yang berada di sekelilingnya untuk memperolehi cinta manusia. Jika ia ingin menjadi manusia yang penting dia hendaklah sentiasa menjadi orang yang selalu mengambil berat terhadap manusia lain.

Dai’e tersebut hendaklah menjadi insan yang bermanfaat pada orang lain dan sentiasa ringan tangan untuk memberikan khidmat dan bantuan.

Hasilnya manusia akan mudah terpengaruh dengan kebaikan da’ie tersebut dan menimbulkan rasa cinta mereka kepada da’ie. Bukankah Rasulullah SAW berjaya menarik perhatian manusia dengan sikap dan keprihatinan terhadap manusia lain samada pada muslim atau musuhnya.

Sirah pernah menceritakan kisah bagaimana seorang lelaki yang paling membenci Rasulullah SAW menjadi orang yang paling mencintai Rasulullah dengan akhlak yang ditunjukkannya. Sikap prihatin dan ambil pedulinya menjadi daya penarik kepada manusia di sekitarnya.  Lelaki itu menceritakan bahawa dia pernah mendengar Nabi SAW pernah berkata di pasar “Semoga Allah merahmati seorang lelaki, mempermudah jual beli, memudahkan urusan menerima dan memberi, urusan menjatuhkan hukuman dan urusan pengadilan..”. Lelaki itu berkata: “Demi Allah! Aku akan selesaikan semua urusan ini.. sesungguhnya beliau seorang yang baik perkataannya sehingga aku menjadi pengikutnya.” Aku berkata: “Wahai Muhammad!” Lantas semua orang memandang kepadaku (tanda prihatin kepada mad’u). Kemudian Nabi Muhammad SAW berkata: “Apa yang kamu mahu?”, Aku berkata: “Adakah kamu orang yang menyesatkan manusia?” Baginda berkata : “Semoga Allah memelihara kamu”. Aku berkata: “Apa yang kamu serukan?”. Baginda menjawab: “Aku menyeru hamba-hamba Allah kepada beriman kepada Allah”.

Kaedah 2 : Senyum selalu.

Rasulullah SAW bersabda: “Senyum kamu terhadap wajah saudaramu adalah sedekah “.

Bahasa wajah lebih cepat memberi kesan berbanding bahasa lisan.Ia seolah-olah satu ungkapan seseorang pada saudaranya : “Sesungguhnya aku amat mencintaimu dan berasa bahagia melihat wajahmu”.

Senyum ini hendaklah lahir dari jiwa yang mendalam yang menzahirkan perasaan lapang dada terhadap saudaramu dengan wajah yang manis.

Senyum yang manis ini akan menenangkan hati manusia lain, membuka pintu-pintu hati manusia sehingga ia mampu merubahnya.

Berapa banyak mereka yang tertarik kepada risalah Islam disebabkan sikap senyum  Rasulullah SAW.

Senyumlah dengan wajah manis terhadap mad’umu, zahirkan kegembiraanmu terhadapnya dan tunjukkan anda ceria apabila bersamanya. Semuanya ini adalah sedekah.

Kaedah 3 : Panggil dengan nama yang paling disukai.

Memanggil dan mengingatkan nama-nama manusia adalah cara yang paling terbaik mempengaruhi manusia.

Sirah menceritakan bagaimana ‘Amru bin ‘Abasah tertarik kepada Islam kerana teringat akan sikap Rasulullah yang menyebut namanya. Ketika beliau berhijrah ke Madinah dan berjumpa Rasulullah SAW. Beliau bertanya: “Adakah kamu kenal aku?”, Jawab Nabi s.a.w: “Ya, bukankah kamu pernah berjumpa denganku ketika di Mekah?”, Aku berkata: “Ya, bahkan ya Rasulullah”.

Sejarah dakwah mencatatkan bahawa Imam Hasan al-Banna dikenali orang yang paling banyak menghafal nama ikhwannya dan menyebut nama mereka.

Antara cara yang  praktikal ialah memanggilnya dengan panggilan nama yang baik. Rasulullah SAW memanggil ‘Utbah ibn Rabi’ah dengan gelarannya dan berinteraksi dengannya sesuai dengan kedudukannya. Antara panggilan Rasulullah SAW kepadanya: “Ya Aba Walid dengarlah..”.

Sebutlah dengan ungkapan yang menarik, panggilah namanya dengan penuh kasih sayang, katakanlah dengan penuh mahabbah: ya akhi, ya ustaz, ya abu fulan…

Kaedah 4 : Berkata yang baik atau diam.

Jadilah anda pendengar yang baik dan kurang berbicara. Orang yang bijak berbicara adalah pendengar yang baik.  Untuk menjadi pendengar yang baik, biasakan diri anda tidak memotong bicara orang lain ketika berbicara, sentiasa memberi perhatian dan mendengar bicara orang lain sebagaimana orang lain beri perhatian kepada kita.

Ramai para pendakwah gagal meninggalkan kesan positif dalam jiwa manusia apabila bergaul dengan manusia kerana kurang peduli dan prihatin terhadap mereka.

Bila ada orang ingin mengkritik kamu atau membetulkan kesilapanmu atau minta penjelasan, sediakan pen dan kertas  untuk mencatatnya. Bila diberi peluang untuk menjelaskan satu penjelasan, teranglah dengan cara yang baik, disukai, tidak bersikap keras dan kasar dan menyempitkan hati mereka.

Kata Ibnu Muqaffa’: “Pelajarilah keindahan mendengar sebagaimana kamu belajar keindahan bicara, antara bentuk mendengar yang baik, membiarkan orang yang berbicara berbicara sedikit demi sedikit sehingga selesai bicaranya, kurang mencelah jawapan, memandang kepada wajahnya dan sensitif terhadap kata-katanya”.

Antara pesanan terbaik tentang hal ini ialah bila ditanya kepada seseorang, bilakah kamu bercakap?, maka jawabnya, bila saya ghairah untuk diam. Begitu juga bila ditanya bilakah anda akan diam, jawabnya, bila saya ghairah untuk bercakap.

Jika anda mahu manusia berpaling darimu atau mengherdikmu maka amalkan tabiat berikut:

Jangan beri peluang bercakap.

Cakaplah tanpa henti.

Jika terlintas idea di fikiranmu, keluarkan idea tersebut walaupun ada orang sedang berbicara. Janganlah anda menunggu sehingga dia selesai berbicara. Anggaplah orang sedang bicara itu bodoh dan tidak bijak.

Kenapa anda  membuang masa untuk mendengar perbicaraan yang bodoh.

Sampuk dan celah ketika orang sedang bicara.

Ingatlah selalu bahawa kebanykan orang yang mendengar tidak mampu untuk mengikuti bicara dan menumpukannya tidak lebih dari 15 minit. Para pendengar akan cepat letih dan jemu. Justeru itu gunakanlah kebijaksanaan anda ketika berbicara.

Kaedah 5 : Cintailah saudaramu sebagaimana kamu mencintai dirimu.

Hormatilah orang lain, berikan haknya dan hargailah mereka dan jadikan orang itu selalu merasai kepentingan tersebut. Kamu menyintainya sebagaimana kamu menyintai dirimu. Biarkan kita berikan kepada orang lain sesuatu yang kita paling suka untuk kita berikan.

Para pendakwah hendaklah menjaga kedudukan dan status mad’unya. Letakkan mereka sesuai dengan kedudukan mereka, jauh dari  bersikap bermuka-muka, berpura-pura dan berdusta dalam menyatakan sifat yang tidak sepatutnya  bagi mereka.

Pilihlah ungkapan yang baik, mengambil hatinya dengan kebenaran. Gunakan ungkapan: “Adakah kamu benarkan saya, adakah kamu persilakan saya , saya amat-amat berterima kasih kepada kamu..”

Pujilah aspek positif yang ada padanya. Pujilah kebaikan yang dilakukannya, penampilan dirinya, pakaiannya yang kemas, tempat tinggalnya yang tersusun, kerjanya yang terancang dan sistematik dan sebagainya.

Ustaz Mohd Azizee bin Hasan,

Naib Yang Dipertua,

ISMA Seremban

Blog: Petunjuk Sepanjang Jalan

<fb:like href='http://www.ismakorea.com/v1/2011/10/16/tip-memikat-di-dalam-dakwah-fardiyah/' layout='default' show_faces='true' width='400' action='like' colorscheme='light' send='false' />

Akhawat Day Out Siri 2 : Geng Pengembaraan Bermula
<object width="600" height="350" classid="clsid:d27cdb6e-ae6d-11cf-96b8-444553540000" codebase="http://download.macromedia.com/pub/shockwave/cabs/flash/swflash.cab#version=6,0,40,0"><param name="allowFullScreen" value="true" /><param name="allowscriptaccess" value="always" /><param name="src" value="http://www.youtube.com/v/M31A-kZEwOs?fs=1&hl=en_US&rel=0" /><param name="allowfullscreen" value="true" /><embed width="600" height="350" type="application/x-shockwave-flash" src="http://www.youtube.com/v/M31A-kZEwOs?fs=1&hl=en_US&rel=0" allowFullScreen="true" allowscriptaccess="always" allowfullscreen="true" /></object>

Taman Negara Bukhansan, 1 Oktober 2011- Biro Sukan dan Rekreasi KIMS telah berjaya mengadakan aktiviti mendaki gunung di Taman Negara Bukhansan yang mana pesertanya terdiri daripada 21 orang akhawat dari pelbagai universiti dan tempat. Aktiviti dimulakan dengan pemberian taklimat oleh pengarah program dan disusuli dengan bacaan doa. Pendakian bermula pada jam 10 pagi dan berjaya sampai ke puncak kira-kira jam 11.30 pagi.

pemandangan dari atas puncak

Setelah tiba di puncak, para peserta disajikan dengan juadah nasi lemak dan diselitkan dengan sedikit pengisian berkaitan dengan isu terkini yang melanda negara  Somalia iaitu kemarau dan kebuluran. Rata-rata akhawat prihatin terhadap isu yang dibangkitkan dan mampu memberi pandangan dan sedikit perkongsian berkaitan isu yang melanda di negara yang majoritinya adalah umat Islam. Sabda Nabi Muhammad SAW., “Perumpamaan orang-orang Mukmin dalam hal saling mencintai, saling menyayangi, dan saling mengasihi adalah seperti satu tubuh. Jika sakit salah satu anggota tubuh, maka seluruh tubuh akan merasakannya.” (HR. Bukhari dan Muslim)

Aktiviti pendakian ini bukan sekadar salah satu cara untuk memupuk kemanisan ukhuwah sesama akhawat malah dapat juga memupuk nilai kesabaran, kerjasama dan keyakinan terhadap kebolehan diri di samping membentuk seorang muslimah yang mempunyai tubuh badan yang sihat mengikut 10 muwasafat tarbiyah.

Walaupun perjalanan untuk sampai ke puncak amat mencabar, namun akhawat telah berjaya membuktikan kebolehan diri dan tidak berputus asa di tengah jalan. Bak kata pepatah, di mana ada kemahuan, di situ ada jalan.

Alhamdulillah, aktiviti berjalan lancar mengikut perancangan dan diharapkan agar aktiviti ini bukan sahaja meninggalkan kenangan yang manis dalam hati malah dapat memupuk nilai-nilai positif yang boleh dijadikan pengajaran dalam kehidupan seharian.

Disediakan oleh,

Syafiqa Hanim Shaffei

Biro Sukan dan Rekreasi KiMS

<fb:like href='http://www.ismakorea.com/v1/2011/10/04/akhawat-day-out-siri-2-geng-pengembaraan-bermula/' layout='default' show_faces='true' width='400' action='like' colorscheme='light' send='false' />

Betulkah Bacaan Al-Fatihah Anda
Surah Fatihah adalah salah satu rukun dari rukun Qauli dalam solat. Ia rukun yang penting dan jika dibaca secara tidak sempurna boleh menjejaskan solat seseorang itu. Disini kami ingin berkongsi beberapa kesalahan dalam bacaan al-Fatihah.

1. Huruf Ha Maftuhah (ح) pada kalimah الْحَمْدُ dilafaz dengan huruf Ha Murbuthoh (ه)

2. Bacaan pada kalimah إِيَّاكَ ‘iyyaaka’ dibaca tanpa sabdu menjadikan bunyinya seperti ‘iyaaka’.

3. Huruf (ص) pada ayat اهدِنَــــا الصِّرطَ المُستَقِيمَ dan صِرَطَ الَّذِينَ أَنعَمتَ عَلَيهِمْ dibaca dengaan bunyi huruf (س) .

4. Huruf (ق) pada kalimah المُستَقِيمَ pada ayat اهدِنَــــا الصِّرطَ المُستَقِيمَ tidak ditebalkan ‘qim’ dan dibunyikan seperti huruf (ك) ‘kim’.

5. Huruf ( ذ ) pada kalimah صِرَطَ الَّذِينَ dibunyikan dengan huruf (ز) .

6. Huruf (ض) pada kalimah غَيرِ المَغضُوبِ dibaca dengan huruf (د)

7. Kalimah الضَّالِّينَ tidak dipanjangkan dengan kadar 6 harakat.

8. Meninggalkan shaddah dalam kalimah الضَّالِّينَ menjadikan sebutan kepada DhoLin, sepatutnya DhoLLin.

Mudah-mudahan dengan adanya sedikit panduan ini bacaan Al-Fatihah kita dapat diperelokkan bacaan fatihah. Rujuklah mereka yang arif tentang Ilmu tajwid.

Sabda Nabi s.a.w. yang bermaksud “Sebaik-baik kamu ialah mereka yang mempelajari Al-Quran dan mengajarkannya pula kepada yang lain”.

<fb:like href='http://www.ismakorea.com/v1/2011/09/27/betulkah-bacaan-al-fatihah-anda/' layout='default' show_faces='true' width='400' action='like' colorscheme='light' send='false' />

Pengecut rupanya aku!
Bismillahi walhamdulillah…

Suatu malam, semasa menuruni bukit, saya berselisih dengan sebuah kereta yang tidak memasang lampu. Kepantangan saya tu, sebab menyusahkan orang dan boleh menyebabkan kemalangan. Tak boleh dibiarkan, mesti tegur ni- saya nekad. Kebetulan kereta itu berhenti tidak jauh dari saya. Sayapun turun mendekati kereta tersebut dan ternyata pemandunya seorang pemuda bertatoo di lengan! Tiba-tiba penumpang di sebelahnya membuka pintu dan terus keluar. Habislah aku, bisik hati saya. Rupa-rupanya dia menuju ke kereta kawannya yang berada selang beberapa buah kereta. Alhamdulillah, lega… Sambil berdiri di sisi pemandu saya bertanya; Brother, apasal tak pasang lampu? Dia menjawab, soli ma, soli… ringkas. Sayapun terus beredar. Mission accomplished!

Perasan saya bercampur-campur. Puas hati, kerana hasrat saya tercapai. Lega, kerana tidak diapa-apakan. Insaf, kerana dapat ‘belajar berdakwah’.

Takrif mungkar

Kalau tidak ada siapa yang ambil peduli, dia akan rasa perbuatannya itu betul dan tidak menyusahkan orang lain. Maka perlu ada dalam kalangan masyarakat orang yang mencegah kemungkaran. Tak pasang lampu kereta tu mungkar ke ustaz? Ya, memang mungkar. Kerana mungkar ialah semua perkara yang tidak direlai oleh syarak, meskipun tidak mendatangkan dosa kepada pelakunya. Teliti kembali takrif tadi, jangan keliru.

Mungkin ada yang peduli, tapi tak berani buat apa-apa. Lantaklah, asalkan dia orang tak akacau aku! Buat apa cari gaduh. Orang berani tidak akan berkata demikian. Kata-kata ini hanya akan terbit dari seorang pengecut, yang cepat mengalah sebelum mencuba. Selepas memberanikan diri menegur pemandu tadi saya dapat satu kesedaran dan kekuatan. Sedar bahawa selama ini saya pengecut untuk menegur kemungkaran yang berlaku, dengan pelbagai alasan yang tidak konkrit. Juga kekuatan bahawa kalau tercatat di Lauh Mahfuz saya tidak akan ditumbuk- pasti saya tidak akan diapa-apakan.

Lama-lama jadi bukit

Terbukti, dengan sedikit usaha mendekati manusia, kata-kata yang disusun, teguran yang diberi- boleh menyedarkan orang lain. Alangkah indahnya jika semua orang pakat berdakwah sedikit demi sedikit sehingga terkumpul kebaikan pada seseorang sampai dia berubah. Berbeza dengan dipendamkan rasa benci lantaran malas yang diperkuatkan dengan takut.

Itu secebis kisah saya, anda pula bagaimana. Ada berani? Kepada para pendakwah, tidak memadai usrah yang anda hadiri, tetapi terjun dan selamilah lubuk masyarakat untuk memimpin mereka. Moga Allah ampuni segala dosa kita. Wallahul musta’an…

Wassalam.

<fb:like href='http://www.ismakorea.com/v1/2011/09/26/pengecut-rupanya-aku/' layout='default' show_faces='true' width='400' action='like' colorscheme='light' send='false' />

Sahabat yang bermanfaat BUKAN berbenefit
Assalamualaikum wbt

Kehangatan sambutan raya masih lagi terasa dan ketika ini ramai yang mengambil peluang untuk mengadakan jamuan rumah terbuka, menjemput dan berjumpa dengan rakan-rakan lama dan berpeluang untuk mengeratkan ikatan silaturrahim yang telah sekian lama terputus. Begitu jugalah dengan kisah hidup dua sahabat karib Bedah dan Temah. Persahabatan mereka terbina sejak dari tadika tetapi mempunyai kehidupan dan haluan masing-masing setelah meningkat umur dan sibuk menguruskan kehidupan sendiri. Kehidupan Bedah di bumi asing Australia memisahkan hubungan persahabatannya dengan Bedah yang masih menetap di kampung sebagai gadis kilang biasa. Namun,hubungan sahabat karib ini mash terjalin malalui talian jarak jauh internet.Tapi jumpa face to face tak sama macam berhubung melalui skype. Kebetulan tahun ini, Bedah balik bercuti ke tanah air untuk menyambut hari raya Aildilftri .Inilah peluang dan saat keemasan bagi dua sahabat karib bertemu semula. Bila lagi hendak berjumpa jika tidak sekarang?Pekerjaan Bedah sebagai seorang pakar bedah membataskn waktu untuknya pulang bercuti di tanah air sendiri.Ikutilah perbualan dua sahabat ini:

Bedah: Ehhh!!Temmaahh~~!!Alahai..rindunya kat awak !Lama betul tak jumpa..*pot pet poet pet*~~….Err..awak..sa ..sa.. saya ada benda nak mintak tolong kat awak nie..ermm…saya sebenarnya *pot pet pot pet pot pet~~~……Begitulah kisahnya..saya hanya berharap pada awak saja untuk bantu saya…

Temah: Baiklah…*pot pet pot pet~~…..Maaflah ini saja yang mampu saya bantu awak..harap dapat lah ringankan beban awak..

Bedah: Alhamdulillah..terima kasih awak….

Beberapa bulan berlalu tiba-tiba Temah teringatkan sahabat baiknya si Bedah.

“Ermm..ntah apa la khabarnya si Bedah tue…lama betul x berhubung. Aku call skype tak angkat-angkat pon.Eh,lama jugaklah x skype dengan dia ni…Ermm…dah settle la kot masalah dia tue..sebab tue diam jaa..” bisik hatinya.

Waktu berganti waktu, hari berganti hari, dan bulan berganti bulan Bedah masih tidak menghubungi Temah sehinggakan dia menyangka Bedah telah lupa pada sahabat baiknya. Hari-hari Temah hanya berdoa supaya Bedah sentiasa berada dalam keadaan selamat dan sentiasa mendoakan kejayaan dan kebahagiaan buat sahabat karibnya.

Suatu hari ketika Temah membelek-belek message inbox di ruangan emailnya, tiba-tiba Temah mendapat message dari Bedah.Waaahh!!Teruja si Temah! Dalam messagenya Bedah meminta maaf kepada Temah kerana telah lama tidak menghubungi Temah.Bukan niatnya untuk memutuskan perhubungan dan tidak berhubung tetapi dia terlalu sibuk dan menghadapi banyak masalah dan kesukaran ketika itu. Diri Bedah malu untuk meminta tolong pada Temah lagi kerana Temah selalu menolongnya. Keadaannya yang tertekan ketika itu membuatkan Bedah membuat keputusan untuk berdiam diri dan cuba menyelesaikan masalahnya sendiri tanpa pertolongan sahabat karibnya.

Sebak.Sedih.Kecewa.Semua bercampur baur di benak lubuk hati Temah.

“Bedah2, macam mana la kau boleh terpikir sampai macam tu sekali…” bisik hati Temah.

30 minit kemudian,Bedah menerima satu message inbox daripada Temah.Waahh!!Pantas si Temah membalas email! Tanpa membuang masa dia membuka email daripada sahabatnya itu dan membaca isi kandungannya.

To: Bedah@yahoo.com

Subject: Sahabat yang bermanfaat BUKAN ber“benefit”..

Assalamualaikum wbt.

Sahabatku..sejak dari kecil, sejak dari kita tak faham apa maksud “friend” sehingga dah besar panjang dan faham maksud “friendship”..Sepanjang kita berkawan, tipulah kalau aku katakan yang kita tak pernah bergaduh dan bertengkar..kadang-kadang bila aku ada masalah kaulah yang banyak membantu. Begitu jugak apabila kau ada masalah aku jadi tempat mengadu…tapi apa-apa yang terjadi tak pernah sedikit pon aku rasa beban untuk dengar masalah kau. Sebab apa aku rasa begitu??Sebab kita dah lama berkawan..Berkawan bukan hanya pandangan mata, tapi dengan pandangan hati…Seorang sahabat yang ikhlas berkawan sentiasa memberi manfaat untuk sahabatnya tak kira samada dalam keadaan gembira mahupon dalam kesusahan. Ketika gembira, kegembiraan diraikan bersama, ketika sedih, masalah dikongsi bersama, tolong-menolong antara satu sama lain.Sepanjang persahabatan kita biarlah kita saling menolong dan banyak memberi manfaat antara satu sama lain..even hanya dengan senyuman dan sentiasa mendoakan kebaikan dan kebahagiaan antara satu sama lain, itulah yang terbaik.Sungguhpun kita tidak berhubung tapi aku sentiasa mendoakan semoga kau berada dibawah lindunganNya..aku tak mahu menjadi seorang sahabat yang mementingkan diri, sebab aku tak mahu jadi macam nie…

“selemah-lemah manusia ialah manusia yang gagal mencari sahabat dan manusia yang lebih lemah dari itu ialah manusia yang telah mensia-siakan sahabat yang telah dicari“ ( Saidina Ali).

Bedah, aku sentiasa menyokong apa tindakan kau selagi tak melanggar landasan agama.Sentiasalah memohon doa kepada Yang Maha Besar supaya sentiasa diberi hidayah dan petunjukNya..akhir kata aku mendoakan kau agar sentiasa tabah menghadapi dugaan…

Sekian…

p/s: jom jadi kawan yang bermanfaat antara u sama lain..jangan jadi kawan yang berbenefit…laen tue konsep!heheh=)

biodata penulis :

nama pena cik coco^^ dan kini menuntut di Hanyang Universiti,Korea Selatan…

<fb:like href='http://www.ismakorea.com/v1/2011/09/20/sahabat-yang-bermanfaat-bukan-ber%e2%80%9cbenefit%e2%80%9d/' layout='default' show_faces='true' width='400' action='like' colorscheme='light' send='false' />