Tentang kami
Dan tetaplah memberi peringatan, karena sesungguhnya peringatan itu bermanfaat bagi orang-orang yang beriman. (51:55)
KiMS merupakan salah satu inisiatif belia Muslim sebagai platform untuk mengukuhkan hubungan ukhuwwah antara pelajar Muslim Malaysia di Korea Selatan atas dasar aqidah yang bersih dan suci. Di bawah ikatan aqidah yang benar akan lahirnya pemuda-pemudi yang benar-benar mampu mencurahkan bakti dan jasa kepada masyarakat dengan penuh keikhlasan hati. Dalam masa yang sama, mempunyai komunikasi antara satu sama lain atas erti kasih sayang.
Selain itu, menyampaikan kefahaman ISLAM yang jelas kepada komuniti pelajar Muslim sebagai objektif, penekanan rohani diambil perhatian di samping pengisian jasmani dan fizikal berjalan seiringan. Objektif ini menepati gambaran terhadap agama ISLAM itu sebagai satu sistem hidup yang mencakupi semua aspek kehidupan manusia. Saling ingat memperingati, membudayakan nasihat-menasihati agar kita mampu seiring dalam memperbaiki kelemahan diri.
"Ad-dinu nasihat"
Sesungguhnya agama(ad-din) itu nasihat
(Imam an-Nawawi, penulis Riyadh as-Shalihin)
Moga-moga lahir pemuda-pemudi ISLAM yang benar-benar jelas tentang erti hidup mereka.
waALLAHU a’lam..
………………………………………………………………………………………………………………………..
Salam ukhuwwah buat semua…
Tahniah buat mereka yang terlibat dlm pembinaan kims.net dalam meluaskan lagi perjuangan untuk merealisasikan impian agar pelajar-pelajar Muslim Malaysia di sini lebih jelas dgn erti hidup mereka dan beriltizam dengan Islam sebagai satu-satunya sistem mengurus kehidupan harian mereka. Moga medan ini dapat mengembangkan wadah perjuangan agar kita sama-sama membina syakhsiah peribadi Muslim yang sebenar melalui pentarbiyahan yang berterusan. JazakumuLLAH buat mereka yang menjayakan blog ini..Sama-samalah kita terus seiring dalam menggerakkan arus pengislahan.
Wa ALLAHU a’lam…
-Abu Abbas-

